Sunday 21 September 2014

~ BREAST CANCER vs VIVIX SHAKLEE ~

Kanser payudara adalah kanser wanita yang paling utama dan ianya boleh berlaku kepada setiap wanita pada sebarang umur. Walau bagaimanapun kadar insiden kejadian kanser payudara adalah berkait rapat dengan umur, semakin lanjut usia wanita semakin tinggi kemungkinan untuk mengidap kanser payudara. Pada usia 30 tahun , 1 di dalam 280 wanita berkemungkinan mengidap kanser payudara tetapi pada usia 50 tahun, kemungkinannya meningkat kepada 1 di dalam 40 orang wanita.


Secara ringkas, kanser payudara terbahagi kepada dua berdasarkan asal usul sel kanser payudara yakni:
a. Kanser yang berasal dari duktus dinamakan kanser duktus (“duktal cancer”)
b. Kanser yang berasal dari lobul yang dinamakan kanser lobul (“lobular cancer”)

Jenis ketiga kanser payudara dinamakan “inflammatory breast cancer” tetapi kanser jenis ini adalah sangat jarang berlaku dan tidak akan dibincangkan di dalam buku ini.  Sebanyak 80% dari kanser payudara adalah dari jenis (a) manakala 10-15% adalah dari jenis (b).


GEJALA-GEJALA DAN TANDA-TANDA KANSER PAYUDARA

Masalah utama untuk mengenalpasti kanser payudara adalah untuk mengesannya pada peringkat awal. Kanser payudara pada peringkat awal tidak menunjukkan sebarang tanda dan wanita yang mengidapnya tidak mempunyai sebarang gejala.

Berikut adalah tanda-tanda dan gejala-gejala 

  • Ketulan pada payudara dan perubahan permukaan payudara yang  menjadi tidak rata.
  • Perubahan pada kulit payudara, kulit kelihatan berbintik, kemerahan  dan keras.
  • Keluar darah ataupun lendir berdarah dari puting susu.
  • Puting susu tenggelam ke dalam payudara.
  • Terdapat saluran darah yang menonjol di permukaan kulit payudara.
  • Luka yang tidak sembuh pada permukaan payudara
  • Terasa ada biji atau ketulan di bahagian ketiak
  • Hilang selera makan dan turun berat badan
  • Tanda-tanda kanser merebak ke organ-organ lain badan seperti ke paru-paru menyebabkan sukar bernafas dan batuk berdarah, sakittulang, sakit kepala dan lain-lain lagi

Penyebab kanser payudara

~ Peningkatan usia
~ Keturunan / ada ahli keluarga yang pernah mengidap kanser.
~ Wanita yang pernah mendapat kanser pada satu payudara - rebakan sel kanser
~ Datang haid awal (sebelum umur 12 tahun ) @ putus haid lewat ( selepas umur 50 tahun )
~ Tidak pernah melahirkan anak @ melahirkan anak pada umur >30 tahun.
~ Tidak pernah menyusukan anak.
~ Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.
~ Berat badan yang berlebihan.
~ Terdedah pada bahan kimia terlalu lama.
~ Jarang berlaku pada mereka yang berumur 20an, berisiko tinggi pada mereka yang berumur >50 tahun.

Ini adalah salah satu testimoni daripada seorang pesakit kanser payudara stage 4 yang berjaya sembuh dengan Vivix Shaklee
Farah Hassan
~ whatsapp/sms 0174399053
~ SID 1124151 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment