Monday 22 September 2014

~ KEBAIKAN SUSU IBU / BREASTFEEDING ~


Para ibu digalakkan menyusui anak dengan susunya sendiri dari lahir hinggalah berumur enam bulan secara eksklusif ( fully breastfeeding ) dan meneruskan usaha murni sehinggan umur anak mencapai dua tahun.Para ibu boleh memberi makanan pelengkap mulai umur anak 6 bulan keatas.

Faedah untuk Bayi
1) Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
- ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi.
- mudah dihadam
- sentisa sedia pada suhu yang tetap
- bayi yang menyussu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang pertama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat

2) Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
- kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehinggan hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi dari jangkitan kuman dan alahan.
- mengurangkan risiko percemaran dibandingkan dengan penyusuan cara lain.

Faedah untuk Ibu
- mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
- membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpah darah
- mengurangkan risiko untuk kanser payudara dan ovari
- mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
- penyusuan susu ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan (perancangan keluarga)

#Masalah susu nak tak nak je keluar?? meh jenguk link ini....jeng jeng jeng...hihihihi

No comments:

Post a Comment