Thursday 6 November 2014

~ Masalah Sembelit ~




APAKAH SEMBELIT?

Sembelit terjadi apabila seseorang tidak dapat membuang air besar dengan senang atau seperti biasa. Pesakit yang mengalami sembelit mungkin mendapati najis mereka lebih keras dari biasa, sakit dan sukar untuk membuang air besar dan mungkin merasakan usus mereka belum dikosongkan sepenuhnya. Simptom lain yang mungkin dialami oleh pesakit termasuk merasa kembung, tidak selesa dan lesu


.
SIAPA YANG BOLEH MENDAPAT SEMBELIT?


  • Corak pembuangan air besar berbeza di antara setiap individu. 
  • Ramai orang berfikir bahawa mereka sembelit sekiranya tidak membuang air besar setiap hari.
  • Walau bagaimanapun tiada ketetapan kekerapan yang normal bagi pembuangan air besar dari segi perubatan.
  • Pembuangan air besar yang normal mungkin berlainan dari setiap hari sehingga tiga kali seminggu bergantung kepada setiap individu. 
  • Sesetengah individu yang sihat mempunyai najis yang padat tetapi tidak mengalami kesulitan untuk membuang najis mereka.
  • Sembelit adalah masalah yang biasa. Walaupun setiap orang mungkin mempunyai masalah sembelit, namun mereka yang sering melaporkan sembelit adalah perempuan, kanak-kanak dan warga emas berusia 65 tahun ke atas. Sembelit juga boleh terjadi pada wanita hamil, baru melahirkan anak, atau menjalani pembedahan.



APAKAH PENYEBAB SEMBELIT?

Banyak perkara yang menyebabkan sembelit atau meningkatkan kemungkinan untuk sembelit terjadi, termasuk:
  1. ·         Diet rendah serat
  2. ·         Tidak minum cukup air
  3. ·         Tidak bersenam secara tetap atau menjadi kurang aktif dari biasa
  4. ·         Perubahan dalam diet, rutin harian atau gaya hidup
  5. ·         Hamil terutamanya pada tiga bulan terakhir
  6. ·         Usia yang meningkat
  7. ·         Tekanan
  8. ·         Keadaan perubatan seperti berkaitan saraf atau kecacatan sejak lahir (kemurungan atau penyakit Parkinson)
  9. ·         Pergerakan yang terhad (orang tua atau orang yang terlantar di atas katil)
  10. ·         Ubat-ubatan (zat besi, kalsium, penahan sakit, anti-kemurungan )
  11. ·         Kanser usus atau lain-lain masalah usus
  12. ·         Penggunaan ubat laksatif yang tidak betul


 




PENJAGAAN KENDIRI

Sembelit yang tidak disebabkan oleh gangguan perubatan boleh diubati dengan pelbagai ubat-ubatan tanpa preskripsi, serta mengubah kebiasaan pola makan dan gaya hidup.

a) Pemakanan

Meningkatkan pengambilan makanan berserat untuk membantu membentuk najis yang lembut dan besar (contohnya buah-buahan, sayuran-sayuran). Serat harus dimulakan secara berperingkat ke dalam diet untuk mengelakkan kembung dan angin berlebihan.
·         Minum sekurang-kurangnya dua liter (lapan gelas) air setiap hari (periksa dengan doktor sekiranya anda mempunyai masalah buah pinggang atau jantung)

b) Perubahan Gaya Hidup

·         Jangan abaikan rangsangan untuk membuang air besar.
·         Pergi ke tandas setiap kali selepas makan, apabila otot usus pada tahap yang paling aktif.
·         Belajar teknik istirehat dan amalkannya untuk mengurangkan ketegangan.
·         Amalkan senaman setiap hari untuk pembuangan air besar yang tetap




BILA ANDA PERLU BERJUMPA DOKTOR?

Sembelit kadangkala merupakan tanda bagi keadaan yang lebih serius. Dapatkan nasihat doktor sekiranya:
  •     Rutin harian pembuangan air besar anda berubah,terutamanya apabila usia anda melebihi 40 tahun.
  •     Anda mendapat sembelit dan cirit-birit berselang seli.
  •     Sakit semasa membuang air besar.
  •     Najis kelihatan berdarah atau hitam seperti ‘tar’.
  •     Anda perlu kerap menggunakan ubat laksatif (setiap 2 hingga 3 hari sekali)
  •     Anda berasa penat, tidak sihat, muntah, kehilangan berat badan, sakit kepala atau demam.
  •     Anda mempunyai tanda/gejala sembelit melebihi tujuh hari tanpa tanda yang nyata.
  •     Cecair atau najis lembut keluar dari dubur.


Untuk mendapatkan supplement untuk masalah sembelit boleh klik link ini
# jangan risau konsultasi percuma...hubungi farah untuk dapatkannya sekarang 0174399053

No comments:

Post a Comment