Wednesday 5 November 2014

~ Patutkah semut yang mengesan dahulu??? ~

=================================================
Anda berkemungkinan mengidap DIABETIS lebih-lebih lagi jika :-
=================================================

<3 Mempunyai sejarah dalam keluarga yang mengidap DIABETIS
<3 Berat badan berlabihan
<3 Cara hidup tidak aktif
<3 Berumur melebihi 40 tahun

==================
APA ITU DIABETIS???
==================




Satu keadaan di mana kandungan gula dalam darah berlebihan, hasil tumpahan glukos ke dalam air kencing melalui buah pinggang.

=============================
BAGAIMANA DIABETIS TERJADI??
=============================

Biasanya takat glukos dalam darah dikawal rapi oleh satu bahan yang dikenali sebagai insulin.
Insulin ini dihasilkan oleh kelenjar yang dipanggil pankreas.
Bagi penyakit diabetis mungkin insulin yang dihasilkan tidak mencukupi atau tindakan insulin kurang berkesan.
Dengan itu glukos berkumpul di dalam darah secara berlebihan.

======================
TANDA-TANDA DIABETIS
======================


~ Lemah badan dan letih
~ Kerap buang air kecil
~ Berat badan menurun
~ Penyembuhan luka perlahan
~ Masalah seksual
~ Selalu lapar
~ Penglihatan kabur
~ Kebas pada kaki dan tangan
~ Dahaga yang keterlaluan
~ Jangkitan pada vagina

===============================
ADAKAH DIABETIS MERBAHAYA???
===============================

Ya!!!!!!
Diabetis yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kerosakan pada organ seperti :-

** Otak
** Mata
** Jantung
** Buah pinggang
** Saraf

mahukah anda diabetis yang tidak terkawal sehingga menjadi seperti ini??? jadi lebih baik mencegah dari berubat....





====================
JENIS-JENIS DIABETIS??
====================

Diabetis jenis 1  -   diabetis melitus bergantung kepada insulin (IDDM)

# Pesakit jenis ini tidak boleh menggunakan gula dalam darah dengan sempurna, kerana pankreasnya tidak dapat menghasilkan insulin.
# Kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Diabetis jenis 2  -   diabetis melitus yang tidak bergantung kepada insulin (NIDDM)

# 80% pesakit diabetis dari jenis ini
# Insulin tidak mencukupi atau tidak boleh digunakan dengan berkesan untuk mengawal takat gula dalam darah agar berada pada paras normal.
# Selalu berlaku pada individu uzur atau berlebihan berat badan.
# Rawatan adalah dengan ubatan atau dengan pengawalan berat badan.

====================
SERANGAN PERLAHAN
====================
#HYPERGLYCEMIA ( gula tinggi dalam darah )

Tanda-tanda
- Cepat haus dan kerap buang air
- Kandungan gula yang tinggi dalam darah atau air kencing
- Pernafasan yang kencang
- Hilang selera, rasa mabuk dan muntah-muntah

Tindakan
- Jumpa doktor dengan segera
- Beri minuman tanpa gula kepada pesakit jika boleh menelan
- Sentiasa melakukan ujian air kencing dan darah untuk mengesan kandungan gula dalam darah.
- Ujian air kencing untuk ketones

Punca-puncanya
- Terlalu sedikit insulin
- Faktor pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula
- Jangkitan kuman dan demam
- Tekanan emosi

#HYPOGLYCEMIA ( gula rendah dalam darah )

Tanda-tanda
- Berpeluh
- Pitam
- Sakit kepala
- Berdebar / jantung kencang
- Penglihatan kabur
- Mudah lapar
- Susah bangun tidur
- Perubahan pesonaliti

Tindakan
- Makan makanan yang mengandungi gula
- Jangan diberi insulin
- Jangan beri apa-apa melalui mulut jika tidak sedarkan diri
- Jumpa doktor segera

Punca-puncanya
- Insulin berlebihan
- Kurang makan
- Aktiviti jasmani berlebihan
- Lambat makan

====================
MENGENAL MAKANAN
====================

# Makanan adalah sumber yang paling penting dalam rawatan DIABETIS kerana ia memberi glukosa yang diperlukan untuk hidup.

# Sesetengah makanan bertukar kepada glukosa dengan cepat tetapi ada juga yang lambat. Perubahan ini akan mempengaruhu kepekatan paras gula dalam darah.

=====================
PILIHAN YANG TERBAIK
=====================

- Makanan yang meningkatkan gula dalam darah secara beransur-ansur
* daging rendah lemak - ikan dan ayam tanpa kulit
* sumber tenusu dan keju yang rendah lemak
* buah-buahan
* bijirin dan roti bijiran penuh
* sayur-sayuran

============
FIBER (SERAT)
============

Sumber makanan penting, dan ambil masa lama untuk hadam.
- sayuran hijau (bayam & kubis)
- beras perang
- sayur berakar ( keladi, kentang, lobak merah, lobak putih)
- biji-bijian
-buah-buahan terutama kulitnya
- roti & biskut bijian penuh

==========
BERSENAM
==========

Bersenam membantu badan kita berfungsi dengan baik. Membantu insulin dihasilkan dan berfungsi dengan lebih baik. Mengawal paras glukos dalam darah supaya stabil.
~ Berjalan
~ Berlari
~ Berenang
~ Mengayuh basikal

* lemak akan hilang secara beransur-ansur
* badan lebih kuat
* jantung lebih bertenaga
* kurang risiko serangan jantung
* mengawal kadar kolestrol dalam badan
* kurang lemak dalam darah

Ibu @ ayah anda pengidap diabetis???
Suami anda pengidap diabetis???
Anda pengidap diabetis???
Dan mungkin anak anda juga salah seorang pengidap diabetis type 1???
Anda lihat sendiri keratan-keratan akhbar ini.....




Untuk mendapatkan konsultasi percuma cara penjagaan pesakit diabetis dan bagaimana mengawal diabetis hubungi farah 0174399053... untuk mengenali set diabetis shaklee boleh klik pada link dibawah...
~~~~~ set kencing manis shaklee ~~~~~

No comments:

Post a Comment